Profil dan Biografi Amelina Komentator D' Academy Asia Asal Malaysia

Profil dan Biografi Amelina Komentator D' Academy Asia Asal Malaysia

Profil dan Biografi Amelina Komentator D' Academy Asia Asal Malaysia Pada tayangan Acara Dangdut Academy tgl 12 Desember 2015 ada komentator baru yang wajahnya bagi orang Indonesia sangat asing dan belum banyak dikenal. Ia menggantikan Rosmalina Musa yang sedang pulang ke Singapura.

Norazlina Amir Sharipuddin atau lebih dikenali sebagai Amelina merupakan seorang penyanyi popular Malaysia pada era 1990'an. Amelina cukup terkenal dengan irama dangdut yang disampaikan secara pop kontemporer hingga digelar Ratu Dangdut 90'an belang, Ia merupakan segelintir artis wanita yang sukses mencatat penjualan album studio melebihi 500,000 unit.

Nama Amelina juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik dan beberapa anugerah platinum sepanjang aktif sebagai penyanyi selama 5 tahun. Amelina juga pernah menghilangkan diri dari radar industri muzik selama 15 tahun hingga menyebabkan dunia muzik dangdut mengalami mati suri sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke dunia seni pada tahun 2014

Latar Belakang Amelina

Penyanyi yang murah senyum dan ceria ini dilahirkan pada tahun 1974 dan berasal dari Nilai,Negeri Sembilan, Malaysia. Amelina besar dan bersekolah di situ sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menjadi penyanyi pada tahun 1994 saat berusia 20 tahun. 

Sebelum terjun diri dalam bidang seni musik, Amelina pernah bekerja di sebuah perusahaan elektronik. Dan saat menjadi artis, Amelina ditukangi oleh adiknya, Amir Azimat atau dikenali sebagai Angah dan dibantu oleh ibunya.

Dimana Ibunya adalah orang yang bertanggungjawab mencetus idea kepada beliau untuk mencoba irama dangdut. Amelina juga cukup akrab dengan bapanya malah pernah menghadiahkan sebuah hartanah kepada bapanya ketika meniti zaman popularitas.


Amelina Bergelar Ratu Dangdut Malaysia

Berawal di era 60'an hingga 80'an lagi irama Dangdut telah pun sudah ramai di Malaysia dengan kerjasama antara artis Malaysia dengan para karyawan dari Indonesia. Dimana musik dangdut menjadi cukup akrab dengan masyarakat Melayu hingga melahirkan beberapa penyanyi veteran yang cukup terkenal dengan irama ini antaranya Zaleha Hamid, Ramlah Ram, M. Daud Kilau, Herman Tino dan Salih Yaacob. 

Mereka sukses menjual album dangdut hingga berpuluh ribu unit,tetapi irama dangdut ketika itu masih belum mampu mendominasi genre popular di Malaysia hingga terjadinya revolusi dangdut pada era 1990'an.

Dan dengan kesuksesan Ramlah Ram kembali meledak dengan lagu "Selamat Jalan Romeo", ada beberapa perusahaan rakaman mulai merancang untuk mencari bakat yang boleh diketengahkan sebagai penyanyi dangdut. Adalah Warner Music yang ketika itu juga telah mengikat kontrak bersama penyanyi Mas Idayu dan dalam masa yang sama mencari bakat baru untuk album berkonsepkan dangdut.


Biodata Amelina Ratu Dangdut Malaysia

Nama lahir :Norazlina binti Amir Sharipuddin
Nama tenar : Amelina
Gelar : Ratu Dangdut Malaysia
Kelahiran : 04 Agusstus 1974
Kota Asal : Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Malaysia
Genre Musik: Dangdut Kontemporari dan Pop Tradisional
Pekerjaan : Penyanyi, Komentator
Instrumen: Vokal
Tahun aktif: 1994-1999; 2014-kini
Akun Socmed :  https://www.instagram.com/amelinaofficial/
Anak : 
  • Puteri Nur’ Athirah (2001), 
  • Putera Al’ Affiq (2002), 
  • Putera Al’ Asyraff (2003), 
  • Puteri Nur’ Asyurah (2005), 
  • Putera Al’ Arffa (2007), 
  • Putera Al’ Amzar (2009).

Diskografi Amelina Ratu Dangdut Malaysia

Album
  • Amelina (1994)
  • Asyik (1995)
  • Cinta Oh Cinta (1997)
Album Kolaborasi

  • Puteri Dangdut (1996)
  • Dang Dang Dut (1996)
  • Dang Dang Dut 2 (1998)
  • Puteri Dangdut 2 (1998)
Album Kompilasi
  • Pilihan Dangdut No.1: Ah! Ah! - Amelina (2000)
  • Ratu Dangdut (2006)
  • Dua Ratu Dangdut: Amelina & Mas Idayu (2013)
  • Siri Murah Hati: Lagu-lagu Terbaik Amelina (2014)

Single Amelina Komentator D' Academy Asia


Tahun 1994
  • "Rindu"
Tahun 1995
  • "Yang Indah Yang Hangat"
  • "Andaikan Bintang Berkata"
  • "Gendang Gendut"
  • "Asyik"
  • "Di Dadaku Ada Kamu"

Tahun 1996
  • "Ah! Rindu Lagi"
  • "Anak Dara"
  • "Aku Jatuh Cinta"
  • "Ingin Jumpa Lagi"
  • "Sini Cinta Sana Cinta" duet bersama Sheeda
  • "Yang Tersayang" duet bersama Iwan

Tahun 1997
  • "Secangkir Madu Merah" duet bersama Sheeda
  • "Cinta Oh Cinta"
  • "Aduh"
  • "Semakin Rindu Semakin Asyik"
  • "Jangan...Jangan...Jangan..."

Tahun 1998
  • "Zapin 7 Purnama"
  • "Desiran Rindu"
  • "Come Take My Hand"
  • remake Yang Indah Yang Hangat
  • "Memori Daun Pisang" duet bersama Iwan
  • "Demam Asmara"
  • "Bulan Cinta"
  • "Sepayung Berdua" duet bersama Iwan

Tahun 1999
  • "Seri Langkat" duet bersama Jamal Abdillah

Tahun 2006
  • "Ah! Aku Tahu" unreleased track

Tahun 2015
  • "Rindu 2.0" rakaman versi 2015
  • "Cinta Harus Seksi"

Amelina Menghilangkan Diri

Sejak lebih sepuluh tahun lalu, kehadiran semula beliau sentiasa dinantikan penggemarnya dan media karna belakangan kehilangannya setelah mengambil keputusan untuk bersara secara mengejut dan menikah secara rahasia. Amelina menikahi suaminya yakni seorang usahawan bernama Reduan Mahamood pada 20 Mei 1999. 

Kembali Aktif Nyanyi

Pada 2014 lalu, Amelina mengumumkan beliau telah bercerai dan mejadi janda serta single parent ibu tunggal serta mau kembali aktif dalam dunia tarik suara . Amelina juga turut membuat kejutan saat muncul di lokasi umum bersama penyanyi Maya Matahari. Akhirnya Amelina mengumumkan kembali aktif dalam dunia seni suara selepas 15 tahun dan bakal bekerjasama dengan komposer Ajai yang pernah bekerjasama dengannya ketika album ketiga.

Dengan kemunculan semula Amelina menjadi perbualan hangat dan cukup dialu-alukan Beliau pernah muncul dalam acara H-Live siaran Astro Awani yang memaparkan kerinduan rakan artis terhadap beliau terutamanya Erra Fazira yang merupakan sahabat karib beliau ketika zaman popularitinya dahulu.

'Single' pertama sejak kemunculan beliau hasil buah tangan Ajai adalah "Rindu 2015" yang digubah semula konsep muziknya dan direkam bersama Stellar Band .

Dengan menjadi komentator Dangdut Academy Asia di Indonesia maka nama Amelina akan turut terkenal seperti rekannya Mas Idayu, dan dengan gelar Ratu Dangdut Malaysia maka pantas bagi Amelina menjadi salah satu komentator Dangdut Academy Asia.



0 Response to "Profil dan Biografi Amelina Komentator D' Academy Asia Asal Malaysia"

Post a Comment

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel